Tanah Suci

 

 

Tepat jam lima pagi, di waktu subuh mak ayah ku telah berangkat ke Tanah Suci pada 29 November 2022. Tiada siapa yang menyangkakan mak ayah akan di jemput ke rumah Allah. Syukur ke hadrat Illahi kerana mengizinkannya. Berkat sabar dan usaha yang dilakukan dalam mencari rezeki yang halal bagi membesar dua orang anak. Akhirnya sudah tiba jua masanya. Pergi dengan tangisan aku yang gembira bercampur kerisauan. Ini kerana hampir setiap umat ingin menghembuskan nafas terakhirnya di sana. Aku berharap tuhan tidak mengabulkan doa ini. Semoga mak dan ayah di permudahkan urusan umrah dan balik dalam keadaan sihat walafiat. Amin. 

Comments

Popular Posts