HOBI

 Hobi Paez .


Oktober 2020, pertama kali bermain badminton bersama kawan form 6, setelah beberapa lama terperap di rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP). Oleh itu, kami berlima telah memilih untuk bermain badminton daripada bermain futsal yang merupakan sukan utama pada waktu itu. Pertukaran sukan utama ni mempunyai banyak sebab, antaranya aku telah kekurangan rakan untuk bermain. Hal ini disebabkan kerana rakan-rakan aku ini terdiri daripada senior-senior sekolah, setelah tamat sesi persekolahan ramai daripada mereka telah melangkahkan kaki ke universti. Daripada situ, aku bermula berkecimpung dalam sukan badminton ini kerana tidak memerlukan kawan yang ramai untuk bermain, cukup sekadar 4 atau 6 orang sahaja. Setelah beberapa bulan aku bermain, aku menggunakan keghairahan aku untuk membangkitkan semua perasan ingin bersukan dalam kalangan keluarga besar belah mak aku. Setiap minggu aku balik kekampung, aku akan bercerita tentang badminton dan mencabar mereka untuk mengembalikan zaman remaja pakcik-pakcik aku dalam sukan badminton ini. Secara tidak langsung mereka telah termakan dengan ajakkan aku dan mereka telah memulakan mengeluran modal untuk membeli barangan sukan badminton semula. Keghairahan keluarga aku mula terasa, mereka semua telah sepakat untuk membeli baju seragam dan menggelarkan kami sebagai H.R Badminton Club. 














Comments

Popular Posts