RINDU

 

Kerinduan sudah sampai kemuncaknya, ini pertama kali Syin berada jauh dari rumah asalnya. Walaupun satu bulan akan tetapi rasanya bagai satu tahun lamanya berada di bumi orang. Akhirnya dapat kembali ke tempat kelahiran. Kerinduan ini amatlah berat di tanggung jika tidak tahu cara untuk mengawalnya. Hampir setiap setiap hari telefon bimbit ibu Syin akan berdering menerima panggilan daripada Syin untuk menanyakan khabar dan menceritakan semua perjalanan hidupnya pada hari itu. Cara itulah Syin melepaskan rindu. Perjalanan pulang merupakan perasaan yang paling gembira kerana di rumah, ibu telah menanti. Syin tidak pedulikan kesibukkan di kanan kiri hanya melihat jam detik yang berada di tangan kirinya. Menanti-nanti tidak sabar ketibaan bas di platform. Hanya pada Mu Ya Allah doa yang dipinta bagi memudahkan urusan pulang.

Comments

Popular Posts