Ketenangan

 

Surau Al Hidayah Kg Sg Tangkas

Di mana lagi untuk mendapatkan ketenangan kalau tidak di rumah Allah. Tidak dinafikan bahawa ketenangan yang sempurna hanya boleh di capai apabila kita mendekatkan diri kepada Sang Pencipta. Menghadiri taman-taman syurga Allah yang dalamnya dihiasi dengan kalimat-kalimat yang memuji Allah Azza Wa Jalla dan juga alunan bacaan Al Quran. Bacaan alunan ayat suci dibaca oleh imam surau dengan begitu lancar dan juga merdu membuatkan aku mencapai tahap maksimum dalam mencari ketenangan. Ketenangan itu juga menjadikan berfikir bahawa betapa kecilnya diri aku dalam dunia ini. Siapalah diri aku ini untuk meninggi diri sedangkan aku hanya seorang hamba yang hina.

Comments

Popular Posts