Cinta itu menyusahkan atau menyenangkan?

 


Dalam kesunyian yang hanya mendengar bunyi dengung kereta dan juga lagu dari corong radio, Zal yang bukan nama sebenar menanyakan pendapat aku tentang cinta dan juga dia berkata sebab mengapa beliau tidak mempunyai pasangan lagi. Beliau merupakan seorang pelajar UKM yang sedang mengambil Phd, berumur 25 tahun. Zal memberikan pendapat bahawa bercinta semasa belajar ini tidaklah mempunyai manfaat dan agak menyusahkan. Zal berkata jika bercinta untuk mengisikan bosan di hati, kita mempunyai ramai sahabat untuk meluangkan masa dan mengisi kebosanan itu. Selain itu, beliau juga memberitahu dia membuat kajian tesis semasa ijazah mahupun "master", beliau dapat menyiapkan kajian tersebut lebih awal dan sempurna berbanding rakan-rakannya yang lain. Zal mempunyai prinsip tersendiri di dalam hal percintaan ini, di mana beliau berkata "jika engkau ada segalanya semuanya akan jadi senang". Setelah berfikir sejenak, baru aku paham bahawa ada segalanya bermaksud mempunyai agama, ilmu dan harta lebih mudah untuk memikat hati seorang wanita. Hal ini demikian kerana tiada siapa yang mahu hidup mereka(wanita) susah.

Comments

Popular Posts